Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk
menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.
Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan pengguna.
Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi MAKLUMAT
Faedah menggunakan komputer
Menyimpan maklumat yang banyak
Memperolehi semula maklumat dengan segera
Melakukan perhitungan rumit dengan tepat
Mempunyai banyak jenis aplikasi
Walaupun komputer adalah alat yang sangat berguna, keberkesanan penggunaannya bergantung kepada apa yang dapat dilakukan oleh komputer serta tahap penggunaan individu.
Perkakasan komputer adalah merupakan komponen fizikal sistem komputer
Komponen-komponen utama sistem komputer :
Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Unit-unit Input
Unit-unit output
Komponen Storan
Komponen Ingatan