Wednesday, July 22, 2009

Apa itu Komputer


Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk
 menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.
 Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan pengguna.
 Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi MAKLUMAT

Faedah menggunakan komputer

 Menyimpan maklumat yang banyak
 Memperolehi semula maklumat dengan segera
 Melakukan perhitungan rumit dengan tepat
 Mempunyai banyak jenis aplikasi
 Walaupun komputer adalah alat yang sangat berguna, keberkesanan penggunaannya bergantung kepada apa yang dapat dilakukan oleh komputer serta tahap penggunaan individu.

Perkakasan komputer adalah merupakan komponen fizikal sistem komputer

Komponen-komponen utama sistem komputer :
 Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
 Unit-unit Input
 Unit-unit output
 Komponen Storan
 Komponen Ingatan